News
2024-11-14

Seminar Pemampat Udara KOBELCO dengan ANOX Corporation

Seminar Kecekapan dalam Pemampat KOBELCO dengan Penambahbaikan sistem CDA bersama ANOX

KOBELCO.Air Compressors Seminar.Driving Efficiency in KOBELCO Compressors and CDA Enhancements with ANOX.Poster

Pada 7 November 2024, KOBELCO Compressors Malaysia bersama dengan ANOX Corporation, telah menganjurkan seminar yang penuh informasi bertajuk "Driving Efficiency in KOBELCO Compressors and CDA Enhancements with ANOX " di Hotel Wyndham Acmar Klang, Malaysia. Seminar ini telah menarik perhatian ramai profesional industri and jurutera, untuk meneroka perkembangan terkini dalam teknologi pemampat dan kecekapan tenaga bagi sistem CDA.

Seminar ini fokus kepada peranan penting pemampat udara yang cekap tenaga dan pengurusan CDA yang efektif dalam mengoptimumkan pengeluaran, mengurangkan kos operasi, dan mencapai matlamat kemampanan. Program ini merangkumi pembentangan, kes kajian sebenar, dan paparan peralatan, di mana para peserta dapat berinteraksi dengan peranti canggih seperti sensor tekanan, pengesan kebocoran udara, dan alat audit pemampat. Ini membolehkan peserta memperoleh pengetahuan dan alat praktikal untuk meningkatkan operasi mereka sendiri.

Kobelco salesperson explaining Hioki instrument for Kobelco Air Compressors Energy Audit


Sorotan Seminar Pemampat Udara KOBELCO dan ANOX

Kobelco air compressors seminar - speaker presenting kobelco screw compressors presentation

  1. Inovasi dalam Teknologi Pemampat Udara KOBELCO

  • Pemampat Udara Skru Suntik Minyak (Siri VS):

Siri VS diperkenalkan sebagai pemampat suntikan minyak terkini yang menawarkan kecekapan tinggi dengan reka bentuk overhung yang terpasang, motor IE4 yang dipacu oleh penyongsang, dan teknologi air end yang unggul. Dengan julat tekanan yang diperluas dan kawalan kelajuan yang adaptif, Siri VS dapat memaksimumkan output udara pada kos tenaga yang lebih rendah. Justeru siri VS dapat menjadi pilihan yang ideal untuk aplikasi yang memerlukan output tinggi..

  • Pemampat Saiz Besar KOBELION VS/AG+ Baharu (110kW - 160kW):

Satu lagi sorotan seminar adalah pelancaran siri KOBELION VS/AG⁺ bersaiz besar, dari julat 110kW hingga 160kW. Reka bentuk baru ini termasuk sistem Direct-Gear-Drive dan air end yang canggih, dengan menghapuskan keperluan penyelenggaraan sambungan dan tali pinggang V, sementara integrasi motor IE4 mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 15%. Ciri Wide Range Control [VS⁺] mengoptimumkan penjimatan tenaga di seluruh titik tekanan, sesuai untuk aplikasi tekanan rendah dalam model suntik minyak- besar. Siri ini tahan lama dengan penapis habuk standard dan sistem penyejukan yang dioptimumkan yang mampu beroperasi dalam suhu persekitaran sehingga 50°C.

  • Pemampat Generasi Baharu Tanpa Minyak (Siri ALE):

Siri ALE menumpukan pada mampatan udara tanpa minyak dan mampan dengan reka bentuk rotor skru yang dipatenkan serta pilihan motor berkecekapan tinggi (IPM/IE4). Siri ini menunjukkan peningkatan ketara dalam penggunaan tenaga khusus berbanding model sebelumnya, sesuai untuk industri yang memerlukan penyelesaian udara bersih dan mematuhi piawaian kualiti ketat.

  • Emeraude-ALE IV R3 & R4 Baharu (55 kW - 120 kW):

Pemampat tanpa minyak (55kW – 120kW) dari KOBELCO ini menetapkan piawaian baru dalam kecekapan tenaga dengan penggunaan tenaga khusus yang terbaik dalam kelasnya dan reka bentuk berkecekapan tinggi. Dilengkapi dengan motor IE4 untuk model kelajuan tetap dan motor IPM untuk model penyongsang (setara IE5), pemampat ini mengoptimumkan prestasi untuk mengurangkan penggunaan tenaga dengan ketara. Sistem kawalan wide-range ALE IV meningkatkan kecekapan dengan menyesuaikan aliran udara mengikut tekanan talian, meningkatkan aliran udara hingga 10% pada titik tekanan rendah (0.6 MPa untuk model 75 kW). Reka bentuk ini mengurangkan kos dan menyumbang kepada operasi yang mampan.

2.Kobelco compressors seminar - speaker presenting kobelco screw compressors maintenance topic

2. Kecekapan Tenaga dan Amalam Penyelenggaraan yang Berpatutan

  • Mengurangkan Kos Tenaga melalui Pengoptimuman Tekanan dan Pengesanan Kebocoran:

Seminar ini menerangkan kaedah utama untuk mengurangkan penggunaan tenaga, termasuk menetapkan tahap tekanan yang optimum dan menjalankan pengesanan kebocoran secara berkala. Dengan mengurangkan kehilangan tekanan dan menangani kebocoran, para hadirin diberi panduan cara menjimatkan kos tenaga secara tahunan.

  • Penyelenggaraan untuk Pengeluaran Stabil:

Seminar ini menekankan nilai penyelenggaraan pencegahan dalam memanjangkan hayat pemampat dan meningkatkan kestabilan pengeluaran. Ini termasuk penggantian penapis secara berkala, pemeriksaan rutin untuk kehilangan tekanan, dan penggunaan bahagian original secara strategik untuk memastikan jangka hayat sistem dan mengelakkan waktu henti yang tidak dijangka.

2.Kobelco compressors seminar - Anox speaker presenting Anox air compressors audit presentation

 

3. Kerjasama dengan ANOX Corporation

  • Audit Sistem CDA Komprehensif oleh ANOX:

ANOX Corporation merupakan pakar dalam nitrogen (N2) dan audit system udara. ANOX memperkenalkan strategi untuk mengoptimumkan sistem CDA melalui penilaian secara menyeluruh. Audit ini merangkumi pengukuran aliran dan penggunaan, ujian kualiti udara, dan pengesanan kebocoran angin menggunakan alat ultrasonik. Pendekatan ini membolehkan kami menilai penggunaan tenaga sistem dengan tepat, mengenal pasti kawasan untuk penambahbaikan, dan melaksanakan perubahan berdasarkan data untuk mengurangkan kos operasi.

  • Aplikasi Kajian Kes Sebenar:

Seminar ini memaparkan kajian kes sebenar yang menunjukkan manfaat kewangan dan operasi daripada melaksanakan pemampat KOBELCO dan perkhidmatan audit ANOX. Kajian kes ini memberikan peserta pandangan praktikal tentang cara strategi yang serupa untuk menerapkan dalam fasiliti dan kemudahan mereka. Selain itu, kes-kes tersebut juga menawarkan laluan yang jelas untuk penjimatan kos dan kecekapan sistem yang lebih baik.

Kobelco compressors seminar - attendee focusing on kobelco screw air compressors seminar presentation

Melangkah ke Mada Hadapan untuk Acara Pemampat Udara Kami

Seminar ini menandakan langkah penting dalam usaha berterusan kami untuk mempromosikan kepentingan kecekapan tenaga dan pengurusan CDA strategik dalam landskap industri hari ini. Dengan menggunakan pemampat udara KOBELCO dan perkhidmatan pemampat udara, kita dapat mencapai penjimatan yang ketara, serta memastikan operasi yang stabil dan efisien.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin dan menantikan acara akan datang di mana kami boleh terus berkongsi maklumat inovasi merentas industri.

Kobelco compressors seminar - inverter screw air compressors VS22A4 as display unit at Kobelco compressors seminar